World Clock

Wednesday, October 7, 2009

Aktiviti Hujung Tahun 2009

Assalammualaikum kwn2 semua....
Mcm mana dgn aktvti utk hujung thn ni...?...ada ke tak?
Asyik mkn OPEN HOUSE jer dah naik berat badan...
Jom arr pg yg santai2 pun ok gak...
Kalo nak terus mendaki gunung tinggi rasanya x larat gak...
Apa2 hal drop comment or email yer....

Tuesday, August 18, 2009



Sudah seminggu lebih berlalunya aktiviti pendakian Nuang, kini baru ada masa untuk menulis kat blog. Bukannya malas, tapi tak berkesempatan.


Alhamdulillah berkat kerjasama semua pendakian Nuang pada 8-9 Ogos 2009 lepas kita semua berjaya sampai ke puncak. Terima kasih kami dari GC kepada semua yang menjayakan pendakian tersebut terutama buat kawan2 baru Pyro, Riey & Team Lipis.


Kita org semua mmang enjoy dgn trip yg sempoi kali ini. Insyallah jika ada kelapangan dan masa kita semua boleh meneruskan dengan aktiviti lain. Korang semua mmang best sesangat...


Jika sebelum ni kita org hanya bertiga atau berempat mendaki tp kini dengan adanya kawan2 baru lebih memeriahkan suasana.


Kesempatan ini juga kami dari GC ingin memohon maaf jika ada apa2 salah dan silap atau terkasar bahasa semasa dan selepas pendakian tersebut.


GC juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua kawan2 dan seluruh umat Islam.

Monday, August 3, 2009

XPDC Nuang 8.8.2009 - 9.8.2009

Itineri pendakian Nuang

Hari pertama
7.00 - 7.30 a.m : Semua pendaki mendaftar diri (Bayaran RM1 seorang)

8.00 pg : Mula mendaki

10.00 pg : Sampai di kem Lolo (pasang khemah, makan)

10.30 pg : Mula mendaki Kem Pacat

11.45 pg : Dijangka sampai Kem Pacat

12.00 t/hari : Meneruskan pendakian ke puncak

2.30 ptg : Sampai dipuncak Nuang

3.15 ptg : Mula turun ke kem Lolo

6.00 ptg : Dijangka sampai kem Lolo

Malam tu aktiviti sendiri nak tido ke, nak melepak dll.

Hari Kedua

6.30 pg : Solat Subuh / penyediaan breakfast

8.30 pg : Mandi sungai / breakfast

10.30 pg : Berkemas untuk turun

11.30 pg : Mula bergerak turun

2.00 ptg : Dijangka sampai semula di Pejabat Hutan

3.00 ptg : Bersurai



Ini hanyalah ilusi sahaja bergantung kepada keupayaan dan kepantasan kita. Itineri ini mungkin akan berubah-rubah mengikut kesesuaian. Tiada paksaan untuk kita mengejar masa. Hanya keupayaan dan kemampuan kita menjadi penentu kejayaan.

Artikel Berhujan di Irau - Kosmo! 25 July 2009 (Sabtu)

Artikel Berhujan di Irau klik

Thursday, July 16, 2009

8.8.2009

Sekali lagi xpdc pendakian gunung Nuang akan diadakan pada 8.8.2009. Ianya adalah sebahagian dari aktiviti untuk tahun ini sebelum kedatangan Ramadhan.

Aktiviti kali ini juga kemungkinan akan di sertai seramai 6 orang pendaki. Semuanya adalah kawan2 lama GC.

Ada juga cadangan untuk berkhemah di air terjun yang masih dipertimbangkan. Tempat aktivitivi yang dicadangkan air terjun Lepoh dan air terjun di kawasan Kemensah.

Cadangan dan aktiviti selepas raya pula adalah ke gunung Ledang, Berlumut, Stong, Tebu dan Irau.

Thursday, July 9, 2009

Misteri & Mistik II

Aku n Razi berpecah dgn Mie pd jam 3.56pm,dari psikologinya ini dah melemahkan aku,razi nampak lebih fokus..."aku kena ikut rentak razi"dalam hati aku berkata.

Semakin tinggi pendakian semakin tebal kabus,bukan main sejuk lagi...baju dah basah...betambah-tambah sejuk la...dlm masa pendakian kami bertembung dgn beberapa pendaki tegar yg lain,mereka dlm perjalanan turun, sambil bertanyakan berapa lama lagi nak sampai ke puncak...ade yg jawab"Aiyooo...jauh lagi wooo...now 4.15pm,u all cannot make it"jawab pendaki berbangsa cina...

Dah 2/3 kali kami tanya pendaki lain yg nak turun ,semua bagi jawaban yg same...hmmm betul2 tak bagi semangat...at last ade jugak sorang nyonya cun tu bagi semangat kat kami berdua...lega hati aku dengar kate2 nyonya cun tu...

kali ni kami tukar taktik soalan...bukan lagi berapa lama nak ke puncak tapi kami tukar soalan...dari puncak Nuang tadi pukul berape...kami teruskan pendakian...kali ni kami bertembung dgn pendaki veteran lelaki yg byk cakap @ ramah giler...

kami acukan soalan terbaru kami tadi...die kate die dari puncak jam 3.30pm...kami berdua lihat jam ditangan masing2...skg pukul 4.35pm ini bermakna kami boleh sampai ke puncak Nuang...KAMI BOLEH...!

Pakcik tadi kami tinggalkan...pendakian kali ni agak pantas sikit...kami gabungkan pergerakan Rohani dan Jasmani...seolah2 mendapat tenaga baru...kabus semakin tebal,jarak pandangan terbatas...kami semakin pantas,segala skill kami keluarkan...

sampai merangkak...akhirnya kami sampai ke puncak Pengasih jam 5.00pm...puncak ni boleh dikatakan R&R utk ke puncak Nuang...puncak ni dulu kotor dengan sampah2 pendaki tapi skg tidak lagi...aku betul2 lepak...penat giler...sampai terlelap 2/3min,Razi pulak mundar mandir kesana kemari utk mengelakkan kaki krem...

5.05pm kami bergerak menuju PUNCAK...kali ni lagi pantas...setelah beberapa meter utk hampir ke puncak Nuang ada beberapa ekor burung menyanyi merdu...kami pun memberi salam pada burung2 itu...

tak disangka2 salam kami di sahut oleh byk burung di situ seolah2 kehadiran kami di sambut gembira...BEST..!mcm citer Alice Wonderland plak...hehehehe....

Akhirnya "aku" Azwan n Razi berjaya menawan puncak Nuang pada pukul 5.40 petang yg telah menghampakan kami pada pendakian pertama pd tahun 2007....Alhamdulillah...

(dikarang oleh saudara Azwan)

Tuesday, June 30, 2009

Misteri Mistik I

Dari apa yang pernah aku alami hari tu kat Nuang mmang sukar utk aku lupakan. Pengalaman ini untuk aku kongsi bersama dan ianya bukan untuk menakut-nakutkan cuma sekadar cerita sahaja.

Jika 2 tahun lepas aku dan kawan-kawan GC pernah ke sana tp dalam group yg ramai. Cuma kali ini kami bertiga sahaja yg menjayakan aktiviti ini.

Tak perlu citer terlalu panjang, terus jer citer masa sampai tapak khemah kem Lolo. Kerana mengejar masa kami mengambil keputusan pacak khemah kat bawah pokok yang agak tersorok sikit dari laluan trek.

Pada mulanya terdapat 2 buah khemah lagi dikawasan tersebut, so apabila kami pacak khemah jadilah 3 semuanya. Lepas berehat kami mendaki lagi untuk ke kem Pacat sebelum meneruskan pendakian ke puncak Nuang.

Akibat keletihan dan kekejangan kedua belah kaki aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak Nuang. Hanya Azwan dan Razi sahaja yg berjaya meneruskannya hingga ke puncak.

Sekitar jam 3 petang aku lepak sorang2 kat kem Pacat sementara menunggu seorang pendaki yg turun semula untuk membantu kawan2 beliau yang dah 'pancit'. Hampir 1/2 jam juga baru la nampak batang hidung dia org ni.

Lebah makin banyak menghurung satu badan aku masa ni, semakin aku tepis lebah ni makin banyak dia dtg.

Masa tengah melepak tu ramai juga la manusia2 yg turun dari puncak tp aku buat tak tau jer terus berbaring beralaskan 'rumput karpet' hilangkan penat dan kekejangan kaki.

Hingga pukul 3.45 ptg baru aku rasa kekejangan kaki semakin kurang, so aku teruskan perjalanan turun ke kem Lolo.

Tidak berseorangan tetapi berenam semuanya termasuk diri aku. Mereka berlima ni semuanya nyonya2 ngan apek2 yg sudi menemani aku turun bersama mereka hingga ke kem Lolo. Sementara aku terus ke tapak khemah, mereka semua meneruskan perjalanan turun.

Sekitar pukul 6.15 ptg aku sampai kat tapak khemah tu. Punya la siksa untuk berjalan dengan kaki yang sakit.

Kat kem Lolo jiran yg berkhemah kat sebelah tu dah mula berkemas untuk balik. Mereka tidak bermalam hanya balik hari sahaja. So tinggal la aku sorang2 kat tapak khemah ni.

Lepas mandi dan makan aku rehatkan badan dlm khemah untuk seketika. (Org kata waktu maghrib tak elok tido). Mungkin sebab itu aku kena gangguan agaknya.

Masa kat dlm khemah tu aku dengar bunyi burung2 macam2 jenis. Semuanya kat area khemah terlalu nyaring dan bising sangat.

Aku sedar dari tido sekitar pukul 7.30-7.45 mlm, hanya berteman lampu suloh dlm khemah. Jarak antara khemah group lain jauh gak dan mereka semua senyap sunyi jer masa tu.

Derap kaki kat luar khemah aku sangkakan kawan2 aku berdua tu dah balik tp apabila aku nak keluar tetiba hilang mcm tu jer. Tp benda lain pula yang berlaku satu suara yang memanggil nama aku. (nama pendek jer).

Aku hanya mampu membaca ayat Quran yang terlintas difikiran jer masa tu. Terus aku tarik zip khemah dan mencari minyak tanah untuk hidupkan pelita.

Aku kuar semula kat depan khemah dan memacakkan kayu untuk dijadikan penyangkut pelita. Minyak tanah aku tuangkan kat pelita sementara mata terlihat2 kat sekeliling.

Tanpa aku sangka rupanya minyak tanah tu aku curahkan atas tanah tak masuk pun kat corong pelita tu. Nasib baiklah masih ada separuh lagi. (tangan menggigil masa tu)

Lepas aku nyalakan pelita tu terus jer aku tido sampai la mereka berdua tu balik. Aku hanya ceritakan perkara ini lepas keluar dari kawasan gunung Nuang. Sama ada nak percaya atau tidak terpulang pada andaian masing2.

Segala yang berlaku tentunya ada hikmah disebalik peristiwa tersebut bukan pada diri saya sendiri sahaja tetapi untuk semua kawan2 GC.

Wednesday, June 24, 2009

Catatan pendakian Nuang

Gunung Nuang ni aku repeat utk kali ke-2, sebelum ni dah banyak kali merancang nak pergi tp masing-masing ada hal.
Tapi kali ni menjadi pula cuma dengan 3 orang pendaki aku, Razi ngan Wan (Adigun).
Nak citer sikit pasal menjadinya xpdc ni, kita org ni pada mulanya rancang nak pergi berempat. Masuk waktu2 kecederaan tetiba Mat Jie (Azri) melolong tak jadi ikut…hampeeh betul mamat ni…
Kalo ikutkan fizikal aku memang penat giler balik hari. Mau tido kat trek…(ada pengalaman lepas).
Rancang punya rancang dah set utk tido semalam kat kem lolo…fooohhhh…lega…
Lega!!!...tak jugak sebab kena plak angkut banyak barang…khemah lg…
Dah la exercise kureng…Cuma mengayuh basikal tak gerak dlm umah jer…Orbi Bike tu..
Lain la Wan ngan Razi (panggilan manja Jee)…balik awal boleh jogging…
Pagi2 sebelum Subuh aku dah persiapkan diri…yer la nak ke umah Jee tumpang dia satu keta..
Mana boleh aku jer, Wan pun sama gak nak ke Cheras dri Kota Damansara…Jauh tu beb…
Sampai2 jer Jee dah ready untuk bawa kita org berdua…ffoooh…ada bau minyak wangi la…
Takkan nak pg masuk hutan mcm ni…mau ‘Maybank’ kat hutan cabot lari dulu..hahahaha…
Rasanya dia nak halau nyamuk ni..selamat gak aku nyamuk lari…hehehe…
8.45 pagi dah sampai kat tempat pendaftaran Nuang…ramai gak yg nak mendaki pg2 ni…
Last sekali mendaki Nuang ni pun 2 tahun lepas…tu pun sampai puncak tipu jer…
Tu la sebabnya group kita org ni daki gunung kecik2 ker…kalo yg tinggi2 tu daki separuh2 jer…hehehe…
Lepas borak2 kita orang ber3 mula mendaki pukul 9.00 pagi..
Masa ni masih lagi borak2 sepanjang trek balak…masih tak penat lagi..
Deruan air terjun dari jauh dah kedengaran…air botol aku dah hampir separuh nak habis…
Masa ni dah kurang cakap sikit sebab masing2 mula terasa kepenatan dan mengantuk..
Berjalan tetap diteruskan kalo tak nti bila pula nak sampainya…peluh jgn cakap la, lencun baju dah..
Cuma view sekeliling dengan pokok menghijau jer yg dapat hilangkan penat…
Berkat senaman basikal, aku rasa lebih bertenaga (tp kaki sakit2 jugak la mana boleh bohong)…
Ni baru suku perjalanan…tp dalam hati nak jer sampai cepat kat kem lolo..(nak rehat)..
Penat berjalan lebih 2 jam ½ baru sampai kem lolo…lega rasanya…berbeza dari sebelumnya keadaan kem lolo boleh dikatakan bersih dari kekotoran...
Rehat sekejap, pasang khemah lepas tu teruskan pendakian..
1 jam ½ mendaki lurah, lembah mencanak baru sampai kem pacat…kali ni baru terasa penat sesangat…
Tapi kayuhan kaki tetap diteruskan walau pun lembab sikit beb…kaki nak kejang dah…
Kali ni air dalam botol dah menipis semakin dihakis…diteguk tekak yang kekeringan..
Teringat pula kata2 “jadilah mcm unta”…maksudnya minum sekali dan bila perlu jer…
Betul juga nak sampai puncak mungkin 2 ke 3 jam lagi…perlu berjimat air ni…
Kalo nak ambil air pun puncanya jauh..nti pengsan plak kawan aku…hehehe..
Teringat kisah dulu2 first time mendaki Nuang ni…best sungguh…tak boleh lupa…
Borak punya borak kaki melangkah dah melangkaui kem pacat…lega rasanya…
Terduduk seketika aku untuk menghilangkan penat dan kekejangan kaki yang semakin terasa sakitnya…
½ jam lepas tu pendakian diteruskan tetapi apakan daya kudrat dan tenaga ingin teruskan..
Kaki pula tidak dapat terus melangkah kekejangan tidak dapat dielakkan…
Aku terpaksa mengalah untuk ke puncak Nuang…
Azwan ngan Razi meneruskan pendakin ke puncak, manakala aku terpaksa berpatah balik ke kem lolo.
Walau pun kaki masih sakit akibat kekejangan langkah kaki tetap aku hayunkan..
Pukul 5.30 petang aku sampai di kem Lolo, mereka pula sampai puncak pukul 5.45 ptg.
Aku terjaga dari tidur pkl 9.30 malam apabila mereka berdua pulang dalam keletihan
Malam tu kita org berjaga hingga pukul 1 pagi bercerita tentang pengalaman masing2…
Berakhirnya coretan pendakian dan aktiviti utk kali ini….tunggu ekspedisi yang akan datang.

Gambar2 Gunung Nuang 20-21 June 2009